HIDUP INI ADIL.. KADANGKALA KITA BERADA DI ATAS, DAN KADANGKALA KITA BERADA DIBAWAH.. APA PUN YANG KITA LAKUKAN, PASTINYA DIJANJIKAN BALASAN.. INSYAALLAH.. BERSABAR DAN TERIMA SEADANYA, ADALAH JALAN YANG TERBAIK..

11 July 2011

Hargailah...

Kata2 itu memang aku tak pernah lupakan..
terngiang di telinga, dan selalu terlintas di fikiran..
sebab.. hanya kau yang selalu faham dan ada di saat aku perlukan..
suka dan duka aku, kau selalu ada bersama..
tapi.. tak semua yang kau katakan benar..
maksudnya, tak semuanya betul dan tepat...
aku ada pendapat dan jalan aku juga..
MAAF..
hari ini aku dapat sesuatu yang bertentangan dengan kata2 kau..

hari ini....

aku tersentak...
mata aku memandang...
telinga aku mendengar..
hati aku pula berkata-kata..
tak lepas juga, otak aku mula berfikir-fikir,
ayat2 yang hendak aku banjirkan ke blog ni..

apa yang aku ada sekarang ini,
memang aku cukup bersyukur kepada Nya..
tak pernah juga aku riak dan berasa bangga,
dengan apa saja yang aku ada..
aku hargai segala pemberianNya..
dan kerana kelebihan dariNya ini,
aku kurang setuju dengan kau,
mulai hari ini,
dengan kata2 itu..

iya, aku mampu milikinya,
di waktu aku hendakkannya,
bila aku rasa mahukanya..
kejar sesuatu yang "payah",
yang "mudah" itu boleh dimiliki bila2 masa..

tapi, aku tak pernah lupa,
apa yang aku miliki ini sementara,
hanya "bertenggek" seketika di jasad ini..
tak tahu bila masanya ia akan pergi..
dan tak pasti pula
aku boleh miliki yang "mudah"
di saat "nikmat" di tarik semula..
kerana yang mudah itu ada "kini"..
bukan "nanti"..

dan aku nak ingatkan kau,
sebagai orang yang sentiasa berkongsi suka dan duka..
setiap apa yang kita "luahkan" dan "katakan",
di bibir, di alam siber, mahupun di dalam hati,
aku harap, kau dapat kotakan..
jadilah seperti yang kau pernah katakan..
tetapkan pendirian..
sukar..
dan kadangkala perit..
tapi itulah yang mengajar diri ini berdisiplin,
berpegang pada janji,
dan mendidik diri untuk menggenggam tanggunjawab..
Hargailah "nikmat" yang masih ada masa ini,
jangan siakanya..

No comments:

Post a Comment