"kenapa semua ini berlaku??"
setiap perkara yang berlaku, mesti ada puncanya..
dan setiap perkara yang berlaku,
pasti ada hikmahnya..
"apa silapnya??"
Aku tetap menyalahkan diri dengan setiap apa yang berlaku..
aku layak menerima semua yang berlaku..
sesekali terasa bersyukur dengan apa yang berlaku..
setiap dugaan yang berlaku, menyedarkan aku..
menyedarkan aku dengan kesilapan aku..
"kita sama, tapi tak serupa.. "
kadang2, terasa beratnya dugaan yang aku lalui..
dalam sekelip mata,
pelbagai perkara boleh berlaku..
aku kusut..
dan disebabkan kekusutan itu,
aku terlupa dan tak melalui jalan yang betul..
Ya Allah, bantulah hambaMu ini memilih jalan yang betul..
Bantulah hambaMu ini menyelesaikan masalah dengan tenang dan tabah..
No comments:
Post a Comment