HIDUP INI ADIL.. KADANGKALA KITA BERADA DI ATAS, DAN KADANGKALA KITA BERADA DIBAWAH.. APA PUN YANG KITA LAKUKAN, PASTINYA DIJANJIKAN BALASAN.. INSYAALLAH.. BERSABAR DAN TERIMA SEADANYA, ADALAH JALAN YANG TERBAIK..

15 January 2011

Inginkan Yang Sempurna

Kalaulah aku boleh jadi sempurna seperti yang kamu mahukan..
Sayangnya TIDAK.. bukan sahaja tak boleh,
malah, aku pon tak tahu apa yang kamu mahu aku jadi. maaf..
aku manusia, begitu juga kamu. jika manusia ini seperti robot,
yang boleh diprogramkan, perkara pertama yang akn aku buat adalah,
COPY maklumat di dalam kepala kamu,
supaya aku tahu semua yang kamu mahu aku jadi.

kalaulah aku boleh bersama kamu setiap masa,
akan aku pastikan setiap masa aku ada di sisi kamu..
sayangnya, kamu juga seperti aku,
perlu masa menjalani kehidupan..
masing-masing mempunyai agenda dalam hidup,
jadi, kita terpisah dengan kesibukan masing-masing.

kalaulah orang yang aku cintai,
boleh membaca, dan mengerti luahan hati,
yang tak terungkap dengan kata-kata dimulut,
aku tak pasti, apa yang aku lalui sekarang ini adalah sama.
kerna kamu tak akan tahu,
dan tak pernah tahu,
aku dan kamu,
lalui hidup kita sekarang ini.

percayalah, aku akan bersabar,
aku akan terus bersabar.
walaupun aku berada di bawah..
kerna, hidup tak selalunya di bawah,
dan tak selalunya diatas.
kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki ini,
hanya sementara..
Dia akan menguji kita dengan pelbagai dugaan..
jika dugaan sekecil itu dapat memisahkan kita,
bagaimana dugaan yang lebih besar??
dapat memadam terus "kita"??

walau 5 atau 10 tahun mengenali,
belum tentu cukup untuk mendalami.
apa di hati kamu, apa di hati aku,
tak akan terluah,
kerana, kita bukan "satu"..
kita berbeza hati dan perasaan..
tapi, aku percaya,
selagi kita jujur, ikhlas,
dan mempercayai,
tak ada sebab untuk berpisah..

No comments:

Post a Comment