HIDUP INI ADIL.. KADANGKALA KITA BERADA DI ATAS, DAN KADANGKALA KITA BERADA DIBAWAH.. APA PUN YANG KITA LAKUKAN, PASTINYA DIJANJIKAN BALASAN.. INSYAALLAH.. BERSABAR DAN TERIMA SEADANYA, ADALAH JALAN YANG TERBAIK..

18 October 2010

BERSABAR

Hingga saat ini aku terus bersabar..
setiap yang berlaku, aku pasti mengalah..
setiap masalah, aku cari punca dari diri sendiri..
setiap perbalahan, pasti aku membatu..

"sabar, sabar, dan sabar.."

itu sememangnya sikap aku,
kerana hidup ini sememangnya adil.

"aku tewas, tetapi aku tidak gagal."

Jika gagal, aku buat lagi, dan lagi, dan lagi..
Hingga berjaya dicapai.

"berundur tidak bererti gagal."

aku tak berundur andai ada jalan lain.
teruskan hingga jumpa penamatnya.
dan setiap jalan, mesti ada dugaan dan rintangan.

"jangan lupa diri."

sebelum mencapai kejayaan,
mesti banyak rintangan dan dugaan.
dan setiap kejayaan,
boleh DIRAMPAS bila-bila masa.

"sediakan payung sebelum hujan."

aku tak pernah bergantung pada satu,
selain Tuhan, dan buah hati aku.

"jangan bergantung pada orang lain."

ini lah aku, aku tidak bergantung pada orang lain,
selagi mampu, aku akan usaha dan buat sendiri.
walaupun BURUK, walaupun LAMBAT, walaupun CACAT.

"terimalah kekurangan dan kesilapan diri."

kita manusia, tak sesempuna PENCIPTA.
pasti ada kesilapan dan kekurangan.
tiada apa yang sempurna selain DIA.
terimalah sedikit kekecewaan,
dan kekurangan.

1 comment:

  1. HUHU..betul2...yg nie sy sokong..
    tapi bergngtung pada buah ati 2 x ek..
    haha..
    coz i dont have buah hati lg..hurmmm tp y laen 2 betul...
    pape pun smile always..,
    k....
    ^_____^

    ReplyDelete