HIDUP INI ADIL.. KADANGKALA KITA BERADA DI ATAS, DAN KADANGKALA KITA BERADA DIBAWAH.. APA PUN YANG KITA LAKUKAN, PASTINYA DIJANJIKAN BALASAN.. INSYAALLAH.. BERSABAR DAN TERIMA SEADANYA, ADALAH JALAN YANG TERBAIK..

19 October 2009

KATAK KURANG UPAYA..

“Tuan-tuan dan puan-puan katak, hari ini kita bakal menyaksikan satu-satunya pertandingan yang julung kali diadakan, iaitu pertandingan berenang merentasi Tasik Titiwangsa. Hadiah kali ini cukup istimewa. Pemenang pertandingan ini akan dianugerahkan gelaran Putera Katak dan 100,000 ekor lalat! Semua katak-katak yang mengambil bahagian, sila ambil tempat masing masing”.

Katak-katak yang hadir mengambil tempat masing-masing. Ada yang berteduh di bawah daun keladi, ada pula yang menyalut tubuhnya dengan lumpur. Masing-masing bergitu teruja dengan pertandingan gilang gemilang yang akan berlangsung itu.

“Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan katak sekalian, pertandingan kali ini agak berlainan sedikit kerana kita menerima penyertaan daripada seekor katak KKU (Katak Kurang Upaya) yang bernama Citut. Katak ini pekak telinganya dan juga bisu serta hanya mempunyai 2 kaki belakang sahaja! tetapi bersemangat waja untuk menyeberangi tasik titiwangsa!”

“Ong… Ong.. Ong..” sorakan daripada para hadirin tanda memberi sokongan.
Tak kurang jugak yang mengutuk “Booo… Booo… dah tau tak boleh nak gagah jugak.. nak cari publisiti lah tu..”

Kegarisan…
Sedia…
Mula..

Ponnnnn!!! Siren dibunyikan tanda bermulanya pertandingan merentasi Tasik Titiwangsa bagi peringkat Katak-Katak seMalaysia.

Penuntut bersorak memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan karib, rakan setempurung dan sebagainya. Ketika perlawanan berlangsung, semua peserta kelihatan berenang dengan pantas. Namun begitu, kelihatan seekor katak berenang terhuyung-hayang. Ramai yang ketawakannya.

“Kau tengok Citut tuh, dah tau tak boleh.. nak gagah jugak.. hisshh..”
“aa’ah.. terkedek-kedek macam katak!
“eh bukan die memang katak ker?
“owh lupe.. die kate.. eh kita pon katak jugak kan?”
“a’aah la.. lupe lah.. hisshh.”
“hahahaha.. dah-dah.. ngarut jerk kau nih.. meh kita nyakat si Citut tuh!”

“Weih… Citut sudah lah.. kau tu takkan berjaya sampai ke seberang Tasik tuh.. kaki kau dah la cacat… telinga pulak pekak… bisu pulak tue! takkan berjaya nyer…”
“A’aah.. sudah la jangan buang mase.. baik ko pergi minta sedekah lagi baik!”
“Hahahah…”

Setelah 3 Jam pertandingan…

Kesemua katak-katak kepenatan. Seekor demi seekor menarik diri dari pertandingan tersebut kerana termakan hasutan penonton yang hadir.

“Dah la.. korang takkan sampai punye.. ingat dekat ker..? jauh tuuuu.. dah la..”
“Katak juara Olympic pon tak lepas seberang tasik ni.. ni pulak hangpa..”

Tak kurang juga peserta yang berhenti dan bertikam lidah dengan pononton yang cuba menghasut.

“Korang ni tak de kerje lain ker? bukan nak bagi semangat dekat kami.. dah tu.. siap kutuk lagi..”

Ada di antara mereka yang terlibat dengan pergaduhan. Ada yang dibunuh. Mati katak…

Namun begitu si Citut yang pada mula di belakang terus berenang dengan semangat. Cercaan dan hinaan penonton di tebing, disangkakannya adalah sorakan untuknya. Semakin kuat cercaan, semakin kuat dia mendayung~

“Ah.. tak sangka begitu ramai yang memberi sokongan kepadaku.. Ish.. aku tak leh hampakan mereka!” Suara hatinya membisikkan kata semangat.

“Ya, Allah, bagilah aku kekuatan untuk sampai ke penghujungnya. Aku nak balasi sokongan mereka dengan kejayaanku Ya Allah” Rayu si Citut kepada Allah mohon agar di beri kejayaan.

Seekor demi seekor, si Citut dapat tewaskan dan akhirnya, si Citut berjaya tiba ke Hujung Tasik Titiwangsa tersebut. Sekaligus memenangi hadiah pertandingan persebut.

Apa kaitan kisah katak itu dengan kita?

Walau apa pun yang kita lakukan, walaupun kita serba kekurangan, ada banyak kelemahan dan kekangan, kita tetap perlu lakukan dengan bersemangat! Anggap kritikan, hinaan, cercaaan daripada “suara-suara ghaib” itu sebagai pendorong dan motivasi untuk kita capai apa yang kita sasarkan.

Bisukan mulut kita daripada menjawab kritikan-kritikan atau hinaan-hinaan, cercaan-cercaan kerana kita hanya melambatkan kejayaan kita untuk mencapai matlamat tersebut dengan melayani karenah “suara-suara ghaib” tersebut.

Dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah agar dimudahkan segala urusan kita, memudahkan kita mencapai matlamat yang telah kita sasarkan itu.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah: 186)

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” (Al Ghafir:60)

Kesimpulan:
“Do your best, Beat the rest, Ignore the “press” and Dua for success”

No comments:

Post a Comment